Dikata 'Lalang', 'Macai' - Adi Putra Berdoa Di Masjid Nabawi

daftar poker online
Sebelum ini, pelakon yang berasal dari Singapura dan kini sudah menjadi rakyat Malaysia, Adi Putra secara terbuka menyatakan sokongan serta menentukan parti Barisan Nasional.





Namun begitu, Adi telah dikritik teruk dan dilabelkan sebagai artis 'lalang' dalam politik kerana tiba-tiba beralih arah dan memuatnaik foto Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan sah menjadi barisan kepimpinan gres negara.

Rata-rata netizen berang dengan Adi dan ada juga yang meminta kerajaan untuk menyiasat bagaimana pelakon 'KL Gangster 2' itu boleh mempunyai kad pengenalan Malaysia.

Klik untuk gambar besar


Setelah dihimpit pelbagai kecaman dan tidak sekali melatah serta membalas sebarang tomahan netizen, Adi dalam muatnaik terbaru dia di Instagram berkongsi foto dia sedang berdoa di Masjid Nabawi.

Beliau mendoakan supaya rakyat Malaysia diberkati dan turut memberitahu dirinya akan terus berjuang demi bangsa,agama dan negara meskipun dilempar dengan pelbagai tuduhan.

Biasalah, memang kini ramai artis yang mendapatkan gelaran 'lalang' gara-gara menzahirkan sokongan mereka kepada kerajaan baharu. Bersabarlah sahajalah Adi, isu ini memang sedang hangat tetapi satu hari nanti ia akan reda jua.
















www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Adi Putra IG


         ________________________

 pelakon yang berasal dari Singapura dan kini sudah menjadi rakyat Malaysia DIKATA 'LALANG', 'MACAI' - ADI PUTRA BERDOA DI MASJID NABAWI

Comments