6 Bulan 'Terguris' - Izreen Kosongkan Hati Maafkan Netizen

info poker
"Kesannya cukup dalam, walaupun kontroversi bukan kisah baharu dalam hidup saya. Inilah kontroversi yang paling jelek pernah dilalui, saya puas menangis berbulan-bulan.





"Bagaimanapun, saya ikut pesan yang tersirat ibu. Saya memaafkan mereka yang mencaci maki tanpa tahu keadaan sebenar walaupun hati saya benar-benar terguris.

"Saya rasa lebih damai dan senang memaafkan mereka yang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan suami," kata pelakon Izreen Azminda, 33, yang mengaku sudah mengosongkan hati dan jiwa dengan memaafkan netizen yang selama ini mengecam serta mencacinya.

Hampir enam bulan berdepan kecaman teruk selepas menikahi pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, Izreen mengaku ia kini lebih bersabar.

Klik untuk gambar besar


Izreen berkata ia bersyukur masih diberi rezeki biarpun mendakwa ada pihak cuba mencurahkan pasir dalam periuk nasinya.

Mengenai perlantikan dirinya sebagai duta produk terbabit yang dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap kontroversi tercetus, Izreen berkata:

"Saya bertanya banyak kali kepada pengasasnya, Azura Baharudin. Ini kerana saya tidak mahu kontroversi memberi kesan kepada perniagaan mereka.



"Namun, syarikat terbabit menekankan kontroversi sudah pun berlalu, hidup perlu diteruskan. Saya tidak pernah menganggap mereka mengambil kesempatan ke atas kontroversi saya untuk melariskan produk," ujarnya.

Sebaliknya, Izreen percaya semoga apa pun kontroversi melanda, andai produk yang ditawarkan bagus, ia tetap menerima kepercayaan pengguna.

"Saya pinta kontroversi berhubung kisah saya diletakkan ketepi mulai sekarang," tuturnya yang turut ditemani Ude pada majlis pelancaran produk Magika Argan Cleansing Flakes.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

 walaupun kontroversi bukan kisah baharu dalam hidup saya 6 BULAN 'TERGURIS' - IZREEN KOSONGKAN HATI MAAFKAN NETIZEN

Comments